Friday 12 January 2018

Tabah dan Redha





لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”

‏(Surah Al-Baqarah 2:286)

Thursday 4 January 2018

Akhirat kita berehat

Walau apa pun dugaan yang kau tempuh, yang kau lalui,

Jangan sesekali putus asa dalam hidup.
Jangan sesekali ucap "Aku tak kuatlah"

Perjalanan kau masih jauh.

Banyak lagi perkara Dan dugaan hidup yang perlu kau lalui.

Cari kekuatan tersebut kepada sang milik kekuatan.

Lalu bangkitlah.

Ucap Alhamdulillah kerna setiap dugaan yang diberi, ujian itu tanda Allah Sayang. Dan Allah tahu kau mampu. Allah takkan beban kan sesuatu diluar kemampuan kau.

Jangan terpedaya dengan bisikan syaitan yang sentiasa mahu menjatuhkan kau.

Kuat.

Andai kata menangis itu perlu untuk kau lepaskan segala kesakitan dihati, maka menangis lah. Lalu bangkitlah semula.

"Di dunia tempat berpenat, akhirat tempat berehat"

Have faith!

Tuesday 2 January 2018

Taubat itu Indah


Jangan Berputus Asa Untuk Bertaubat

Kita semua bukan golongan maksum... Kita hanyalah golongan insan lemah yang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa.

Namun sebesar-besar kesilapan orang yang melakukan dosa seperti berbohong, mencuri, berzina dan seumpamanya, bukanlah semata-mata kerana telah melakukan dosa besar tersebut tetapi dosanya yang paling besar ialah terus menerus melakukan dosa besar tersebut.

Janganlah putus asa dengan rahmat dan maghfirah dari Allah SWT. Janganlah sesekali merasakan diri begitu hina dan jijik, kotor sehingga tiada peluang lagi untuk mendapat keampunan Allah SWT.

Wahai sahabat yang dikasihi... Sekiranya kita telah melakukan sesuatu dosa besar, jangan kita asyik fikirkan akan betapa besarnya dosa yang telah kita lakukan tetapi fikirkanlah betapa besar lagi pengampunan Allah SWT kepada hambaNya.

Jika kita rasa sempitnya kehidupan ini, rasakanlah betapa Maha Luasnya Rahmat dan Kasih Sayang Allah SWT kepada kita selama ini.

Perkara terbaik yang perlu kita lakukan apabila telah melakukan sesuatu dosa adalah berhenti daripada melakukan dosa-dosa tersebut. Kembalilah kepada Allah SWT dan mohonlah rahmat dan keampunan Allah SWT.

Ingat dan percayalah... Pintu taubat sentiasa terbuka! Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun, Pengasih serta Penyayang. Bertaubatlah dan semoga segala dosa mendapat keampunan dariNya.

Wallahu A'lam.

#copypaste
#catitanmommybuatpapa

Wednesday 20 December 2017

SYURGA SEORANG ISTERI


Dugaan paling besar adalah BERSABAR...

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita?

Ya Allah,
Kuatkan wahai hati..tabahlah wahai jiwa...
S.A.B.A.R


Friday 13 October 2017

Kerinduan bertamu

Ya allah..terlalu rindu dengan masa lalu
Terlampau banyak memori indah untuk dikenang
Hanya Allah mengetahuinya...
Moga segalanya baik2 saja
Doa sentiasa mengiringi kalian-kalian yang disayangi
Rindu itu Indah

Wednesday 6 September 2017

Dunia Ibu Hamil

Alhamdulillah sekian lama menyepi..kini mincul kembali..
Syukur dengan kurniaan Allah maha esa..
Bermula kehidupan baru bakal bergelar seorang ibu..
Minggu 1 hingga kini minggu ke-19
Bermacam dugaan pengorbanan..
Alahan xyah kate la..
Sampai sekarang muntah lagi.
Badan dah mula sakit2..
Kaki tangan membengkak dengan jayanya..
Tangan kebas xtau nk kate sakit die..
Fuhh...
Bertahan dan terus bertahan..
Semoga baby sehat seadanya😊
*p/s : buat para ibu yg belum ada rezeki untuk mendapat cahaya mata..ieja sentiasa doakan untuk korang suma...

Monday 5 June 2017

Besday boy


01 June 2017
Selamat hari lahir cikhasben
Moga saja dimurahkan rezeki
Diberikan kesihatan berpanjangan
Moga hubungan kita kekal hingga keakhir hayat
Tiada apa yg lebih berharga dari diri kamu❤️
#papamamatobe





Saturday 27 May 2017

Ramadhan 1

Alhamdulillah..
bertemu kembali dengan ramadhan...
Genap usia perkahwinan 3 bulan,berpeluang berpuasa bersama suami😊

Tuesday 18 April 2017

Mengalahlah

Manusia...jika mengharapkan sesuatu dan tersasar,
pasti hati dan mulut merungut-rungut,
melayan sungguh ketidakpuasan hati.

Kita mungkin sedang terlupa,
kita seakan melawan takdir yang telah tersedia,
dan kita masih cuba melawannya.

Wahai sahabat, adakah kita kecewa dengan takdir?
Jangan begitu...mengalahlah.
Mengalah dengan takdir kerana itu yang seharusnya.

Pernah kita dengar....
Jika kita dalam pergaduhan dan memilih untuk mengalah,
pihak yang di sana mungkin akan lembut hatinya.
Jika kita semakin berbalah dan bertikam lidah,
maka makin buruklah natijahnya.
Sesungguhnya, mengalah itu tidak kalah,
Begitulah kita dalam perhubungan dengan Allah,
bukankah Allah itu Maha Lembut.

Jika kita memilih untuk mengalah dengan takdirnya,
lembutlah Allah dengan kita,
Diberi ujian, kita mengalah lagi tanpa soal.
Kita berdamai tanpa rungutan,
maka, makin lembutlah Allah dengan kita.

Jangan penat menyoal takdir wahai sahabat,
itu bukan hak seorang insan.
Siapa kita untuk melontar soalan?
Hanya hamba yang hidupnya sudah tertulis setiap jalan.

Maka, mengalahlah dengan takdir,
kerana Allah perancang yang amat mahir.
Di jalan tulisan-Nya tiada yang zalim.
Dia tahu yang terbaik.


Sunday 16 April 2017

Heppy besday adik bongsu


Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk bernafas dib bumimu ya-allah...
SELAMAT HARI LAHIR buat adik bongsu sorang nih.. 17 April 2017 menginjak ke-23 tahun umurnya..
Moga saja Allah memberi kekuatan dalam mengharungi dugaan hidup..Berkat ketabahan dan kekuatannya..Allah masih panjangkan usianya dalam menghadapi ujian yang diberikan..
semoga saja sihat itu terus berpanjangan..teruskanlah melangkah tanpa menoleh..
Jadikan itu semua kenangan dan pengajaran untuk sentiasa diingati..
Sayang hingga ke akhir hayat.

Thursday 13 April 2017

Jangan Terlalu



Ada sesuatu dalam hidup yang seharusnya menjadi pengajaran paling berkesan.
Sifat atau rasa yang terlalu atau terlampau.

Kita terlalu ingat,
kita terlalu sedih,
kita terlalu mengharap,
kita terlalu sayang,
kita terlalu rindu,
kita terlalu benci, 
kita terlalu kecewa.

Dan semakin ini terlalu menjadikan kita terlampau memikirkan. Akhirnya ia membawa kita tidak berpaling pada perkara lain dalam hidup, selain daripada memikir dan memikirkan.

Pada saat kita tidak terlalu memikir,
pada saat kita nyahkan sifat terlalu,
di situlah fokus mulai berpaling.

Yang terbaik...
jangan terlalu mengharap,
jangan terlalu memikir,
jangan terlalu sayang,
jangan terlalu menunggu,
jangan terlalu marah,
jangan terlalu membenci,
biarlah ia berlalu dalam kesederhanaan.

Dan kita mengikut jalan yang mendatang, tanpa rasa yang keterlaluan.

Dan akhirnya, hati menjadi mudah dalam penerimaan.

**cetakan : LET IT GO by Reyna Ibrahim

Monday 6 March 2017

Sekeping hati

Sekeping HATI

Apabila meningkat usia, hati makin sensitif, mudah terasa dan merajuk. Bukan orang cinta cinta saja suka merajuk, orang tua memasuki usia emas juga mudah terasa hati walaupun sebelumnya adalah seorang yang berjiwa kental dan tidak ambil peduli.

Tambahan dengan anak anak. Bukannya bila suruh anak buat sesuatu atau bila kita meminta sesuatu, apabila anak buat tak tahu dan tidak ambil peduli, kita rasa relax aja. Sungguh, ibu atau bapa pasti terasa hati dan berdukacita. Sedih bertingkat tingkat. Kadang tu apabila anak bersuara agak kuat, pun dah bergegar hati, takut anak jadi derhaka sebab anak terlupa sempadan neraka syurga.

Dah tua tua lagi mudah nak kecik hati dengan perangai anak anak. Minta tolong anak picit kaki, anak kata penat. Suruh anak  buat sesuatu, bertangguh tangguh. Ajak buat kebajikan, ada alasan. Terasa hati dan kecik hati dah macam bersarang dalam jiwa.

Tapi hati seorang ibu, kerana takut anak ke neraka, takut anak jadi derhaka, dia rela mendiamkan diri dan menangis sambil dalam hatinya istighfar. Melawan bisikan syaitan yang gembira apabila anak jadi derhaka. Berkata 'uhh' pun sudah dianggap derhaka apatah lagi jika anak melawan, membantah atau tidak ambil peduli permintaan emak bapanya.

*Seorang ibu tidak rela anaknya disakiti sejak lahir, alangkan nyamok gigit pun dia sanggup berperang mengejar nyamok, apatah lagi membiarkan langkah kaki anaknya menuju ke neraka. Sia sia mengandung, melahir, menyusu, mengasuh, mendidik dengan susah payah kemudian membiarkan anak ke neraka atas sebab anak tidak reti menjaga hatinya. Tidak sama sekali.*

Sepenuh jiwa raga saya abaikan bisikan syaitan dari mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak. Istighfar, zikir atau doa supaya Allah ampunkan dosa dosa kita dan anak kita. Tak sanggup anak menjadi derhaka kerana kita merasa kecik hati. Kasihan anak. Kita kena usaha ubat hati kita supaya tidak terus berasa kecik hati dengan anak anak. Anak anak tu pun sebenarnya sedang diuji oleh tuhannya agar menjaga iman dan akhlak. 

Oleh itu wahai ibu ibu diluar sana, jangan sekali kamu berasa kecik hati dengan anak kamu. Mudahkan urusan agar kamu tidak mudah merajuk dengannya. Jika syaitan mengajak bersongkokol dengannya, segera menjauhkan diri. Istighfar jangan berhenti. Zikir, tasbih, takbir terus dialunkan sampai bergema di dalam tempurung kepala. Doakan yang baik baik untuk anak itu. Selagi masih ada rasa merajuk, teruskan berzikir dan beristighfar. 

Sayang anak bukan sahaja semasa di dunia tetapi nak kumpul bersama sama dengan anak di mahsyar nanti sambil berjalan menuju ke syurga.  Terus terusan berdoa agar Allah beri petunjuk dan jalan keluar sebarang masalah yang sedang dihadapi.

Sebab tu hati ibu, apabila selepas anaknya membantah suruhannya, dia masih boleh sembang dengan anak, boleh  gurau gurau dengan anak. Ketepi segala bisikan syaitan. Sebab mahu anaknya ke syurga. Tak mahu anaknya tergolong dalam golongan orang derhaka. Seorang ibu sanggup nangis di dunia dari dia nangis diakhirat nanti apabila cari anak tak jumpa jumpa.

Seorang ibu yang pengasih setiap malam doa, meredhakan anak anak, mengampun dosa anak anak, walau anak takde minta ampun kepadanya.  Doa doa kan yang baik baik untuk anaknya. Supaya apabila mati, dosa anak anak dengan telah terhapus. Seorang ibu tidak akan dendam dengan anaknya, kerana itu kerja sia sia.

Jadi wahai suri suri, jaga iman  jaga lah hati jangan sampai kita terdetik doa yang bukan bukan kepada anak kita. Rugi sangat, kesal sangat jika anak kita tak menjadi soleh atas kerana kita selalu nak kecik hati dan merajuk. 

Utamakan anak kita kerana kita menunggu doanya di alam barzakh nanti. Doa anak orang belum  ada jaminan sampai ke kita.

Semua boleh jadi ibu solehah, semua boleh share status ini.

Tips bila hati rasa sebak dengan anak, bawa baring pejam mata menangis tapi dalam hati jangan berhenti istighfar, minta ampun dengan Allah. Jangan layan bicara hati yang sedih dan duka. 

#CATATANMENJELANGKEMATIAN