Wednesday 31 August 2016

Chemo


29/8/2016-30/8/2016
Wad 8B Institut Kanser Negara,Putrajaya
Bermula rutin mingguan disini..
Ipin First day chemo...
Ikhtiar mana mampu..
Moga Allah permudahkan sumenyaa..
Hakikatnye die sorang yg rasa ape yg dilalui..
Kite mampu doakan je..
Moga hari2 mendatang memberi 1001 keceriaan buatnya..
#staystrongmylilbro




Sunday 28 August 2016

Dugaan itu indah


Dugaan Allah indah belaka..
Redhakan hati untuk menerimanya..

"Allah tidak akan membebani seseorang itu diluar kemampuanya."
(al-baqarah:286)

Inilah zahirnya..
Dia bukan sekadar mampu tersenyum,malahan sentiasa gembira dan membuatkan orang keliling sentiasa ceria melihat gelagatnya..
Xpernah terlihat sikitpon kesakitan yg ada pada dirinya..Allah..........
Hakikat sbenarnya xsiapa yg tahu apa yg tersimpan dan terbuku di dlm hatinya..
Hanya dia dan Allah saja tahu..

Tapi hari ni..
Dia kelihatan muram..
Apa saja yg difikirnya,
Menanti hari esok tiba..
Apa yg bakal dilaluinya tidak mampu untuk kita rasai pada zahirnya..
Hanya mampu dilihat dan dirasai dengan mata hati..
Hanya mampu mendoakan yg terbaik buat dirinya..
Hanya mampu berserah moga Allah sentiasa permudahkan segala apa yg dilaluinya..
Kami smua tahu die kuat dan dia akan tetap kuat selamanya..
Allah maha adil..
Allah segala perancang..
Fikir yg baik-baik
Doa yg baik-baik
Allah beri yg baik-baik...
In syaa allah aminnnnn.....



Wednesday 24 August 2016

Abah

23 Ogos 2016
Selamat hari lahir abah..moga abah diberikan kesihatan berpanjangan..
Dilimpahkan rezeki melimpah ruah..
Dipermudahkan segalanya dan sentiasa dibwah lindungan Allah..
Sayang abah..

"Biar-fynn jamal"

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.


wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti 

Saturday 20 August 2016

Indahnya Sabar

Bila mana,
Masalah orang kita mampu selesaikan,
Tapi
Masalah sendiri xmampu kita selesaikan..haishhh..mencabar sungguh..
Kita lebih selesa menjaga hati orang dari menjaga hati sendiri..
Jangan biarkan org lain terluka..
Maka jadinya hati sendiri lah yg terluka..
Bertabah...Allah sedang menguji..Allah maha berkuasa..sabar itu paling indah..semoga diri sentiasa tabah...

Monday 15 August 2016

Redha akan sesuatu

Assalamualaikum..
Lama rasa tidak menjengah ke blog ini..
Bukan tiada kesempatan..
Kesempatan terlalu banyak..
Tetapi tiada kekuatan..

Terlalu banyak ingin dikongsikan..
Tetapi apakan daya..
Cuba untuk meredhakan sesuatu yg terjadi..
Begitu cepat.
Begitu pantas.
Apa yang berlaku sentiasa diredhakan.
Moga kekuatan akan sentiasa ada..
Get well soon mylilbro..
Allah ada sentiasa..
Moga dipermudahkan segalanya..