Tuesday 2 January 2018

Taubat itu Indah


Jangan Berputus Asa Untuk Bertaubat

Kita semua bukan golongan maksum... Kita hanyalah golongan insan lemah yang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa.

Namun sebesar-besar kesilapan orang yang melakukan dosa seperti berbohong, mencuri, berzina dan seumpamanya, bukanlah semata-mata kerana telah melakukan dosa besar tersebut tetapi dosanya yang paling besar ialah terus menerus melakukan dosa besar tersebut.

Janganlah putus asa dengan rahmat dan maghfirah dari Allah SWT. Janganlah sesekali merasakan diri begitu hina dan jijik, kotor sehingga tiada peluang lagi untuk mendapat keampunan Allah SWT.

Wahai sahabat yang dikasihi... Sekiranya kita telah melakukan sesuatu dosa besar, jangan kita asyik fikirkan akan betapa besarnya dosa yang telah kita lakukan tetapi fikirkanlah betapa besar lagi pengampunan Allah SWT kepada hambaNya.

Jika kita rasa sempitnya kehidupan ini, rasakanlah betapa Maha Luasnya Rahmat dan Kasih Sayang Allah SWT kepada kita selama ini.

Perkara terbaik yang perlu kita lakukan apabila telah melakukan sesuatu dosa adalah berhenti daripada melakukan dosa-dosa tersebut. Kembalilah kepada Allah SWT dan mohonlah rahmat dan keampunan Allah SWT.

Ingat dan percayalah... Pintu taubat sentiasa terbuka! Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun, Pengasih serta Penyayang. Bertaubatlah dan semoga segala dosa mendapat keampunan dariNya.

Wallahu A'lam.

#copypaste
#catitanmommybuatpapa

No comments:

Post a Comment