Friday 30 January 2015

kau yang SATU

Tanpamu...
Akulah yg rindu
Tanpa dirimu...
Hilanglah manjaku
Kasihmu...
Kata naluriku
Cintamu...
Hanya dihatiku...

Izinkan aku...
Selami hatimu
Izinkan aku...
Bisikkan cintaku
Janjiku...
Pada kau yg satu
Diriku...
Hanyalah untukmu...

Engkaulah yg satu
Pujaan hatiku
Sucinya cintaku padamu
Sayangku
Hanya kau yg satu
Kasih dan rinduku...
Milikmu...

Tuesday 27 January 2015

kamar hati

kau dan segalanya tentangmu ku benarkan masuk
tanpa ada kecuali.

dengan syarat jangan pernah keluar dan pergi
sama sekali,

tanpa ada kecuali.

Friday 23 January 2015

apa saja

jadikan malam-malamku peneman sunyimu.
jadikan hujung lenganku menyeka airmatamu.
jadikan bahuku tempat tangismu.

aku yakin.
aku bisa.

menjadi apa saja kau mahu.
selagi aku mampu.
kecuali menjadi seperti dia.
tidak mungkin berlaku.






Wednesday 21 January 2015

CINTA

"Derita sendirian bukan CINTA.
Saling menderita juga bukan CINTA.
CINTA, sepatutnya membahagiakan."


Tuesday 20 January 2015

rahsia

ku capai pen
ku ambil kertas

ku luah yang perlu
ku rungkai yang terbuku

kulayangkan di udara
biar sampai entah mana

biar rahsia itu ku kongsi
dengan siapa, ku tak pasti

dua hati

dalam tidak sedar.
hati pertama telah sekian lama menyimpan kasih pada hati kedua.
hati kedua sama sekali tidak menyangka apa yang dirasakan olehnya adalah sama.
tetapi hakikat sebenarnya, terlalu banyak rintangan dan dugaan buat dua hati ini.

hati pertama telah dimiliki secara halalnya.
hati kedua juga telah dimiliki tetapi ikatannya masih tergantung.
walaupun hati pertama sudah dimiliki, tetapi dirinya dirasakan sunyi.
bagi hati kedua, dirinya seakan tiada siapa peduli.

hati pertama dan hati kedua seakan memahami antara satu sama lain.
hati pertama akan mencari peluang untuk bersama hati kedua.
begitu juga hati kedua.
tujuan dua hati ini adalah sama.
meluahkan masalah masing-masing.

hati pertama menjadikan hati kedua sebagai tempat mengadu.
hati kedua juga menjadikan hati pertama sebagai tempat mengadu.
hanya itu yang termampu dibuat oleh dua hati ini.
tidak mungkin akan bersatu dua hati ini.

redha.....
itulah prinsip yang dipegang dua hati ini.

dua hati ini sentiasa tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.
dua hati ini sentiasa bahagia bilamana mereka bertemu.
senyuman sentiasa terukir di bibir dua hati ini.
walaupun di hati tiada siapa tahu.

bilamana dua hati saling bergantungan antara satu sama lain.
jangan pernah dipaksa dua hati ini untuk melupakan antara satu sama lain.
hati pertama memerlukan hati kedua.
hati kedua memerlukan hati pertama.

redha......
itulah hakikatnya.
itulah kebenarannya.
jujur.
ikhlas.
tabah.
sabar.




Saturday 17 January 2015

130115

tidak perlu untk berjnji sumpahsetia.
cukup sekadar melakukan yang terbaik.
terima kasih kerna menyayangi sepenuh hati.
biar pun ada jarak & jurang antara kita.

kasih sayang tidak akn pernah hilang walau apapun trjadi.
cukup sekadar ingat apa yg dikatakan.
bilamana, terjadi sesuatu pada dirinya.
aku adalah org yg akn dicarinya.
biar apa keadaan pun.

terima kasih nyawa yg sentiase menyayangi diri ini..
kamulah kenangan yg tidak akn pernah dilupakan!
u are my #KRABBYPATTY

-130115- avanisepang