Tuesday 18 April 2017

Mengalahlah

Manusia...jika mengharapkan sesuatu dan tersasar,
pasti hati dan mulut merungut-rungut,
melayan sungguh ketidakpuasan hati.

Kita mungkin sedang terlupa,
kita seakan melawan takdir yang telah tersedia,
dan kita masih cuba melawannya.

Wahai sahabat, adakah kita kecewa dengan takdir?
Jangan begitu...mengalahlah.
Mengalah dengan takdir kerana itu yang seharusnya.

Pernah kita dengar....
Jika kita dalam pergaduhan dan memilih untuk mengalah,
pihak yang di sana mungkin akan lembut hatinya.
Jika kita semakin berbalah dan bertikam lidah,
maka makin buruklah natijahnya.
Sesungguhnya, mengalah itu tidak kalah,
Begitulah kita dalam perhubungan dengan Allah,
bukankah Allah itu Maha Lembut.

Jika kita memilih untuk mengalah dengan takdirnya,
lembutlah Allah dengan kita,
Diberi ujian, kita mengalah lagi tanpa soal.
Kita berdamai tanpa rungutan,
maka, makin lembutlah Allah dengan kita.

Jangan penat menyoal takdir wahai sahabat,
itu bukan hak seorang insan.
Siapa kita untuk melontar soalan?
Hanya hamba yang hidupnya sudah tertulis setiap jalan.

Maka, mengalahlah dengan takdir,
kerana Allah perancang yang amat mahir.
Di jalan tulisan-Nya tiada yang zalim.
Dia tahu yang terbaik.


No comments:

Post a Comment