Tuesday 27 August 2013

kuatkanlah jiwamu wahai hati


Hidup ini adalah satu perjalanan..Penuh erti, penuh ranjau, penuh duri...namun bukan sakit tertusuk duri itu yg penting, tetapi nikmatnya apabila duri itu trcabut dari daging. Bgaimana ia dkeluarkan juga ianya penting. Sakit meraung..tetapi jangan berhenti mengeluarkannya..Kelak mnjadi bisa yg tidak terawat, dan setelah itu bersyukurlah dgn segala kehendaknya. Sakit tertusuk duri itu mgkin sahaja penyucian kifarah yg dlakukan. Mungkin juga dugaan @ ujian dari YANG ESA untk mendidik hati  supaya tabah serta mensyukuri setiap kejadian tanpa keluhan....

UJIAN ---> Jika UJIAN di bangku sekolah dpt juga kita hafal formula untk melaluinya...Namun UJIAN hidup adalah datangnya tanpa salam, tanpa diundang...Datangnya dgn kehendak ILAHI yg mahukan manusia menghadapi kehidupan dgn mnggunakan akal berbataskan keimanan..Begitulah didikan ALLAH..Memanusiakan seorang MANUSIA!!

CINTA ---> Manusia dhidupkan atas CINTA...CINTA itu meluas...CINTA kepada ALLAH, kepada RASUL, kepada IBU BAPA, kepada SUAMI, kepada ISTERI, kepada SAHABAT..Malangnya CINTA yg pernah djumpai telah dsempitkan dan tersepit oleh kurangnya pengetahuan akan hakikat CINTA..CINTA itu setia,jujur,kasih sayang,rindu,doa kebahagiaan..Benihla CINTA yg menitis di atas dasar IMAN...ALLAH akan meredhai CINTA itu...Namun sayang seribu kali sayang, CINTA itu tercalar keluhurannya....Terselit pengkhianatan,ketidakjujuran.....dan akhirnya...perpisahaaann...Yang meninggalkan mencari pengganti..Segala janji terlupus begitu sahaja...Ingatla bahawa roda kehidupan ini sentiasa berputar..Hari ini kita mengkhianati..Esok mungkin kita dikhianati...Hari ini kita mncipta luka di hati yg lain, mungkin esok hati kita pula yg teluka...

SABAR ---> Bukan mudah untk memahami erti SABAR, apatah lg untk melakukannya..Saat derita menjengah rasa, seakan kita shajalah yg derita..kita shajalah yg terluka...Duka itu milik kita...Sedih juga milik kita, shingga kita terlupa untk mensyukuri nikmat ALLAH yg lainnya..Nikmat ALLAH yg begitu melimpah ruah, jarang dsyukuri tetapi bila didatangkan ujian...melaralah sekeping hati..Itu sahaja yg diingat-ingatkannya.

REDHA ---> Tidak diuji hambanya dgn ujian yg tidak mampu dtanggung...Rebah, jatuh dan terduduk, semuanya mengajar kita untk bangkit kembali...Sedangkan hati tertanya bgaimana untk bangun??YA!!!hanya  kekuatan shaja yg mampu menarik....maka yg bangun itu bukanlah diri yg lemah...tetapi yg bangun itu adalah jiwa yg kuat...REDHA itu adalah menerima dgn lapang dada biarpun tangisan menitis tanppa hentinya namun bertahanlah...Tangisan itu tidak apa-apa,malahan menunjukkan kita  hanyalah hambanya yg lemah...Serahkan segalanya pada urusan DIA. (ALLAH)

SYUKUR ---> Alhamdulillah segala pujian hanya selayaknnya untk ALLAH..Hari semalam yg berlalu, biarkanlah..Hari ini yg dilalui, nikmatilah..Hari esok bakal tiba, bersedialah..ALLAH sentiasa mmberi yg terbaik untk hambanya..maka kita sbg hambanya berkejaranlah mencari yg trbaik itu dgn segala usaha dan bermacam cara yg diredhainya...Jika berlari itu kemudiannya jatuh, maka bangkitlah kembali..Tidak mengapa jika tidak ada tangan yg mnghulur bantuan, kerana ada tangan yg lebih membahagiakan..Letaklah kebergantungan kepada ALLAH swt...Semoga hidup ini sentiasa diberkati dan dibimbing untk mencari ketenangan yg kekal abadi..
  

Saturday 24 August 2013

ini namanya jodoh


10 tahun tempoh di ambil...mereka berkenalan + bersahabat + bergaduh + berbaik + bercinta + bergaduh + berbaik + bertunang = dan akhirnya..mereka bernikah & berkahwin dan mereka telah menjadi suami isteri yang sah...sungguh indah perancangan yg diaturkan oleh ALLAH tanpa mereka sedari.....
TAHNIAH BUAT MEREKA BERDUA
Semoga hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat.....aminnnn....

My suweet n lurvely cazen yan & ayep

Thursday 22 August 2013

peneman di kala duka...sunyi...and bla..bla..blaa....




Haaa...nih die sparuh dr koleksi novel saye..itulah die peneman setia...sahabat setia...di kala duka..sunyi...dan di kala-kala la...xrugi kalau kite banyk membaca..mari ramai2 kite membaca...mengisi mase lapang yg trbuang tu...

Wednesday 21 August 2013

hanya aku CINTA kau seorang

Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi......

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku oh sendiri,
Malam ku tanpa mimpi.......

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan,

Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan..

Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu.......

p/s:kadang-kadang,ada lagu yang kena dengan apa yang kita sedang lalui

Saturday 17 August 2013

Selamat hari raya aidilfitri

Assalamualaikun semua...masih belom terlmbat untk saye mngucapkan selamat hari raya aidilfitri kepad semua umat islam yg mnyambutnya...maap zahir dan batin...jemput la beraye ke umah saye ye...hehehheheheh...

Friday 16 August 2013

cinta-cinta kecil memburu CINTA-NYA


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...