Tuesday 29 April 2014

7 tahun

dalam sedar xsedar.
sehingga kini.
hampir 7 taun kite bersahabat.
cukup begitu lame.
segala cerita kau aku dengar.
segala cerita aku kau dengar.
suke duka kite lalui bersama.
sungguh kau sahabat sejati.
terima kasih sahabat.
semoga hubungan ini kekal selamanya.....
in shaa allah.......

Thursday 24 April 2014

Omel

Otak lebih atas dari hati.
Otak patut dulu dari hati.
Kalau aku tak boleh keluarkan kau dari otak,
bagaimana hendak aku keluarkan kau dari hati??

Wednesday 23 April 2014

mencari SAYANG di dalam BENCI

Dalam banyak-banyak api,
api hati paling payah hendak padam.

Dalam banyak-banyak perang,
perang jiwa paling degil hendak hilang.

Berbaik-baiklah.
Berlembut-lembutlah.

Carilah SAYANG di dalam BENCI.
Rendahlah diri, bukalah hati.

Hormat cara orang, faham kita berbeza.
Biar orang jadi orang, dan kita jadi kita.

p/s : boleh jadi aku faham kau..tp kau xfaham aku @ kau faham aku..tp aku xfaham kau...

Monday 21 April 2014

SELAMAT HARI LAHIR MAK!!!

21 april 1955 - 21 april 2014 umur suda 59 tahun..
alhamdulillah...
ieja sentiase doakan mak dimurahkan rezeki...
dipanjangkan umur...
diberikan kesihatan yang berpanjangan..aminnnn...
terima kasih mak!!!
terima masih telah melahirkan ieja
terima kasih menjaga dan mendidik ieja
terima kasih sentiase ade dikala susah dan senang
terima kasih atas nasihat2 dan sokongan mak
terima kasih untuk segalanya mak.......
sayang mak buat selamanya.......

Thursday 17 April 2014

kebahagiaan

Kenapa kita tidak bangga dan senyum
melihat kebahagiaan kawan-kawan
sambil berdoa agar diberikan kebahagiaan
dan keindahan dalam kehidupan
bukannya cemburu yang tak berhabisan
atau minta dia ditimpa kecelakaan

cukup-cukuplah dunia saling bergaduhan
mengapa antara kita tidak senyum dan berpelukan??

mungkin kau perlu rasakan bagaimanakah rasanya bahagia itu....

Tuesday 15 April 2014

Tunggu kering nanti...

Kau kata mau jahit hati aku yang luka berdarah
tapi..makin kau jahit, makin berdarah.

Jarum itu tumpul
atau barangkali benang tersimpul.

Biar aje luka itu
kering nanti baiklah tu....

Kan kau penah kata 》》aku ni kuat.

Monday 14 April 2014

nyawa

inilah nyawa-nyawa yg sntiase meceriakan, membahagiakan setiap hari hari yg aku lalui...tanpa nyawa-nyawa ini...mana mungkin aku bisa berdiri teguh shingga kini sepertimana ALLAH   s.w.t memberi kekuatan buat diri ini...ALHAMDULILLAH....garis senyuman sentiasa terukir dibibir ini..kata org senyuman itu manis sangat..manis seperti aku..kamu..anda...dan sekalian kamu-kamu di bumi ALLAH ini...syukur ya-ALLAH...


Monday 7 April 2014

kisah di sebalik cerita

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,
Tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif,
Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak punya otak,
Oleh kerana itu setiap kali ada gesekan kecil, 
Sang mancis terus terbakar.

Kita mempunyai kepala, dan juga otak,
Jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerana gesekan kecil.
.............
Ketika burung hidup, ia makan ulat,
Ketika burung mati, ulat makan burung.

Waktu terus berputar sepanjang zaman,
Kitaran kehidupan terus berlaku,
Jangan merendahkan siapapun dalam hidup,
Bukan kerana siapa mereka,
Tetapi kerana siapa diri kita.
.............
Kita mungkin berkuasa, 
Tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita,
Waktu kita sedang berjaya,
Kita merasa banyak teman di sekeliling kita,
Waktu kita sakit,
Kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting,
Jauh melebihi HARTA.

Ketika kita tua, 
Kita baru tahu kalau masih banyak yg belum dikerjakan,
Dan, setelah di ambang ajal,
Kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama,
Membuat HIDUP LEBIH BERHARGA,
Saling menghargai, saling membantu dan memberi,
Juga saling menyokong.

Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat,
Beleive in "CAUSE AND EFFECT",
Apa yg ditabur, itulah yang akan kita tuai...
..............