Monday 2 September 2013

ALLAH da tetapkan segalanya....jangan risau....




Semua orang risaukan perkara yang telah ditetapkan ALLAH seperti jodoh dan rezeki, semua orang bekerja siang malam kerana risaukan rezekinya sedangkan ia telah pun ditetapkan, semua orang risau dan couple sana-sini, memilih sana-sini siapa pasangannya sedangkan jodohnya telah pun tertulis di loh mahfuz beribu-ribu tahun sebelum dilahirkan. Tapi sayang sekali ramai yang tidak risau perkara yang belum ditetapkan seperti iman, amal, ilmu, bekalan akhirat, syurga atau neraka dan perkara itu langsung tidak dihiraukan dan tidak diusahakan seperti mana hal jodoh dan rezeki diusahakan. 'Sesungguhnya syaitan itu menghiasi amal-amal kamu yang salah agar kamu memandang ia baik' 


p/s ---> Nak dapat pasangan yang baik bukan perlu dicari sebab ia telah pun tersedia, tapi kalau nak yang terbaik, kita kena baikkan diri kerana tahap "BAIK" pasangan kita bergantung pada tahap "BAIK" kita.


No comments:

Post a Comment