Wednesday, 25 February 2015

Wanita

Wanita,

Tercipta dari rusuk lelaki,

Bukan dari kaki untuk dialasi,

Bukan dari kepala untuk dijunjung,

Tetapi dekat dibahu untuk dilindungi,

Dekat jua dihati untuk dikasihi.

Sunday, 22 February 2015

Level kehidupan

**hasil copy dr seorang hamba Allah yg mengesharenye..(maaf ayat kelaut sket. huhuhu)

"pada umur korang belasan dan doplohan ni, korang akan excited dengan cerita kahwin..nikah la bagai...

tapi bila korang umur menjangkau doploh lebihlebih, ke-excitedan korang akan mulai pudar.

sebabnye di level ini, cuma dipenuhi cerita penceraian, cerita rumahtangga berantakan, cerita tentang masalah anak-anak, cerita konflik keluarga, cerita kegagalan tadbir rumahtangga..

itu satu.

yang keduanya, sekeliling korang,  banyak cerita tentang penyakit, berulang ke hospital dan kematian orang tersayang. korang akan nampak dgn jelas, destinasi kita sebenarnya menuju ke kuburan. mati cuma di seberang jalan.

dah kurang waktu sebenarnya.

selamat berbahagia di level sekarang. selamat datang ke level seterusnya bila tiba masanya nnt. di level itu akan terlihatlah garis-garis kedut akan terukir tiga empat line di dahi kerana di level itu lebih banyak menduga hati..

korang dah banyak nangis masa umur doplohan kan?

next level korang akan tahu..

air mata di level korang sekarang masih sedikit dikeluarkan"

**hakikat sebenar kehidupan..saye kini di level yang banyak menduga hati...di mana saya punya allah..keluarga...dan orang yg menyayangi diri saya...

Thursday, 5 February 2015

Kenangan Terindah

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantungku tak berdetak

Selama itu pun 
Aku mampu tuk mengenangmu
Darimu...

Kutemukan hidupku
Bagiku....

Kau lah cinta sejati
Yeahhh ooohh..
(Bagiku engkau lah cinta sejati)

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku

Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Oooh.....

*terlalu banyak kenangan terindah yang dilalui..

Wednesday, 4 February 2015

Kau Tahu

aku sentiasa melihatmu
ketika kau tak memandang

aku sentiasa mendengarmu
ketika kau tak berbicara

aku akan terus memikirkanmu
biarpun kita tak akan menyatu

kerana
aku telah lebih dahulu mencintaimu
sebelum kau tahu
bagaimana cara aku melihatmu yg tak memandang
bagaimana cara aku mendengarmu yg tak berbicara

sehingga akhirnya kau tahu
apa yg cuba aku lakukan

Sunday, 1 February 2015

Friday, 30 January 2015

kau yang SATU

Tanpamu...
Akulah yg rindu
Tanpa dirimu...
Hilanglah manjaku
Kasihmu...
Kata naluriku
Cintamu...
Hanya dihatiku...

Izinkan aku...
Selami hatimu
Izinkan aku...
Bisikkan cintaku
Janjiku...
Pada kau yg satu
Diriku...
Hanyalah untukmu...

Engkaulah yg satu
Pujaan hatiku
Sucinya cintaku padamu
Sayangku
Hanya kau yg satu
Kasih dan rinduku...
Milikmu...

Tuesday, 27 January 2015

kamar hati

kau dan segalanya tentangmu ku benarkan masuk
tanpa ada kecuali.

dengan syarat jangan pernah keluar dan pergi
sama sekali,

tanpa ada kecuali.

Friday, 23 January 2015

apa saja

jadikan malam-malamku peneman sunyimu.
jadikan hujung lenganku menyeka airmatamu.
jadikan bahuku tempat tangismu.

aku yakin.
aku bisa.

menjadi apa saja kau mahu.
selagi aku mampu.
kecuali menjadi seperti dia.
tidak mungkin berlaku.






Wednesday, 21 January 2015

CINTA

"Derita sendirian bukan CINTA.
Saling menderita juga bukan CINTA.
CINTA, sepatutnya membahagiakan."


Tuesday, 20 January 2015

rahsia

ku capai pen
ku ambil kertas

ku luah yang perlu
ku rungkai yang terbuku

kulayangkan di udara
biar sampai entah mana

biar rahsia itu ku kongsi
dengan siapa, ku tak pasti

dua hati

dalam tidak sedar.
hati pertama telah sekian lama menyimpan kasih pada hati kedua.
hati kedua sama sekali tidak menyangka apa yang dirasakan olehnya adalah sama.
tetapi hakikat sebenarnya, terlalu banyak rintangan dan dugaan buat dua hati ini.

hati pertama telah dimiliki secara halalnya.
hati kedua juga telah dimiliki tetapi ikatannya masih tergantung.
walaupun hati pertama sudah dimiliki, tetapi dirinya dirasakan sunyi.
bagi hati kedua, dirinya seakan tiada siapa peduli.

hati pertama dan hati kedua seakan memahami antara satu sama lain.
hati pertama akan mencari peluang untuk bersama hati kedua.
begitu juga hati kedua.
tujuan dua hati ini adalah sama.
meluahkan masalah masing-masing.

hati pertama menjadikan hati kedua sebagai tempat mengadu.
hati kedua juga menjadikan hati pertama sebagai tempat mengadu.
hanya itu yang termampu dibuat oleh dua hati ini.
tidak mungkin akan bersatu dua hati ini.

redha.....
itulah prinsip yang dipegang dua hati ini.

dua hati ini sentiasa tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.
dua hati ini sentiasa bahagia bilamana mereka bertemu.
senyuman sentiasa terukir di bibir dua hati ini.
walaupun di hati tiada siapa tahu.

bilamana dua hati saling bergantungan antara satu sama lain.
jangan pernah dipaksa dua hati ini untuk melupakan antara satu sama lain.
hati pertama memerlukan hati kedua.
hati kedua memerlukan hati pertama.

redha......
itulah hakikatnya.
itulah kebenarannya.
jujur.
ikhlas.
tabah.
sabar.




Saturday, 17 January 2015

130115

tidak perlu untk berjnji sumpahsetia.
cukup sekadar melakukan yang terbaik.
terima kasih kerna menyayangi sepenuh hati.
biar pun ada jarak & jurang antara kita.

kasih sayang tidak akn pernah hilang walau apapun trjadi.
cukup sekadar ingat apa yg dikatakan.
bilamana, terjadi sesuatu pada dirinya.
aku adalah org yg akn dicarinya.
biar apa keadaan pun.

terima kasih nyawa yg sentiase menyayangi diri ini..
kamulah kenangan yg tidak akn pernah dilupakan!
u are my #KRABBYPATTY

-130115- avanisepang

Sunday, 12 October 2014

moga bahagia selamanya


kedua-dua hotmummy nih cazen sye
kedua-duanye sudah berkahwin dan punye seorang anak
sye doakan semoga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat
harap kedua-dua mereka ;
mendoakan sye akan jadi sprti mereka jua nnt
in syaa allah, amin......
tahniah cazen!!
#merekabahagia #sayajugabahagia